Blog ini mempamerkan maklumat kesihatan berkenaan rawatan terkini masalah-masalah sakitpuan, ketidaksuburan, endometriosis, PCOS dan lain-lain. Ia khas buat wanita yang mengalami gangguan kesihatan ataupun yang inginkan penerangan lanjut berkenaan penyakit wanita.

Sunday, October 14, 2012

Clear 4D Pictures

Right ear and neck/Telinga dan leher kanan
Both feet/Kedu-dua kaki
Everybody likes to see clear pictures of their baby, so it is important that a 4D scan is done at the right time. This is around 20-24 weeks of gestation, but a lot depends on the amount of liquor within the uterus. These pictures are from a pregnancy with excessive liquor, termed polyhydramnios, so the 4D scan pictures are particularly clear.
Semua ibu-bapa ingin melihat gambaran yang jelas kandungan mereka. Dari segi imbasan 4D, penting supaya ia dilakukan pada waktu yang betul, biasanya antara 20-24 minggu usia kandungan. Walaupun demikian, banyak bergantung pada jumlah air ketumban yang ada dalam rahim. Gambar-gambar ini diambil dari kandungan yang mengalami air ketumban yang berlebihan, lebih dikenali sebagai polyhydramnios, dan nyata kejelasan gambarnya.
Right thigh and knee/Peha dan lutut kanan









Wednesday, September 19, 2012

Funny Places for Endometriosis

The July edition of The Journal of Minimally Invasive Gynaecology (JMIG) presents 2 case reports of endometriosis occurring in abnormal places. In the first case, the patient had nose bleed and pain and was found to have growths there. The second case presented with gastric-like abdominal pain and was found to have a growth in the pancreas on scanning. Both cases were confirmed as endometriosis after surgical removal. Of note was that these patients had positive correlation with cyclical symptoms as well as previous suggestion of endometriosis. So, endometriosis in the nose and in the pancreas. Who would have thought it?
Tapak Aneh Penyakit Endometriosis 
Dalam isu bulan Julai The Journal of Minimally Invasive Gynaecology (JMIG), terpapar 2 kes penyakit endometriosis yang ditemui di kedudukan yang aneh. Pesakit kes pertama melapor pendarahan dan perasaan sakit di hidungnya serta ternampak ketumbuhan. Pesakit kes kedua pula mempunyai perasaan sakit ala gastrik dan ternampak ketumbuhan di kelenjar pankreasnya melalui imbasan. Kedua-dua kes ini dipastikan mengidap penaykit endometriosis selepas pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan-ketumbuhan tersebut. Yang penting dalam kes-kes ini ialah sejarah perubatan yang mengaitkan penimbulan simptom-simptom tersebut dengan kitaran haid serta sejarah lama penyakit endometriosis. Jadi, endometriosis di hidung dan pankreas, sungguh aneh!

Wednesday, September 5, 2012

August Case - Twin Fibroids

Sorry, I have been meaning to write but have been swamped with other things. This was a 51 year old lady who had never conceived in 30 years and presented with abnormal and heavy menstrual bleeding. There was a mass felt in the abdomen, about 6 months pregnancy size. Ultrasound scan showed multiple uterine masses suggestive of fibroids. This was the view on laparoscopy - twin, large fibroids. I had counselled hysterectomy, but it was difficult due to the restricted view. I had to remove the fibroids from the uterus first (myomectomy) before proceeding to hysterectomy. As usual, everything was done laparoscopically. 
Fibroid Kembar
Maaf atas kelewatan menulis. Kes ini adalah seorang wanita berumur 51 tahun yang tidak pernah mengandung walaupun kahwin selama 30 tahun. Beliau mengalami pendarahan haid yang berpanjangan dan lebat, dan setelah diperiksa, didapati mempunyai ketulan di perut sebesar kandungan berusia 6 bulan. Imbasan ultrasound telah menampakkan banyak ketumbuhan di rahim yang berciri fibroid. Gambaran ini dilihat melalui laparoskop - fibroid-fibroid besar dan berkembar. Pembuangan rahim menjadi rumit apabila penglihatan terhad kerana ketumbuhan-ketumbuhan tersebut. Akhirnya, fibroid-fibroid ini dipisahkan dahulu dari rahim sebelum histerektomi dilaksanakan. Saperti biasa, semua prosedur dilakukan dengan melalui pembedahan laparoskopi.

Facts About Menopausal Hormonal Therapy


10 years after the seminal publication of the Women’s Health Initiative trials data1, certain facts and data have emerged that can help guide us in this so controversial an issue of Menopausal Hormonal Therapy (MHT). The following is a summary of a review published lately in the journal Menopause2.
It has always been a truth that MHT is an acceptable option for treating severe early menopausal symptoms. As is the wont of these symptoms, they disappear within 10 years of menopause, thus this treatment is prudent and applicable within this time frame. Such therapy must of course be precluded in the presence of medical problems, foremost of which are blood clots, heart disease, stroke and cancer.
Estrogen replacement alone suffices for a woman who has lost her uterus, whereas progesterone therapy needs to be added for the sole purpose of prevention of endometrial cancer in those who retain theirs. If the symptoms are limited to the vulva, vagina and the bladder, topical estrogen therapy to the affected parts might be enough to soothe the symptoms.
So much is so true, and we must keep in mind that the whole controversy arose not because of questionable beneficial effects, rather, the serious consequences of MHT. Foremost in the mind of most women is the occurrence of breast cancer. The WHI trials demonstrated an increased risk of breast cancer with more than 5 years continued use of the estrogen-progesterone combination therapy. This increased risk was not present in users of estrogen-only preparations, thus suggesting a causal link of breast cancer with progesterone. The data shows that the risk is not that great and decreases after discontinuation of said replacement therapy. Estrogen, whether given alone or together with progesterone, increases the risk of thromboembolic events (TE) such as deep vein thrombosis, pulmonary embolism and stroke, but these occurrences are rare before the age of 59 years.
Thus we have come to accept that combination estrogen-progesterone MHT is proven effective in the management of early menopausal symptoms only (and not for other indications) but should be used for the shortest duration and with the lowest possible dosage. More flexibility is accorded to estrogen only therapy but similar caveats should apply whenever possible.

Fakta Berkenaan Rawatan Hormon Menopause
10 tahun selepas maklumat daripada kajian unggul berkenaan rawatan menopause diketengahkan1, situasi berkenaan rawatan ini semakin jelas, saperti dipaparkan dalam jurnal Menopause baru-baru ini2. Berikut adalah ringkasan tajuk utama.
Terapi hormon untuk menopause (MHT) sungguh berkesan mengatasi gejala awal menopause dan boleh diteruskan selama 10 tahun, iaitu, sehingga simptom-simptom keadaan ini hilang. Rawatan ini tidak boleh digunakan jikalau seseorang wanita mengalami beberapa masalah perubatan, terutama sekali ketulan dalam saluran darah, serangan angina ahmar, sakit jantung dan kanser.
Rawatan ini boleh dibahagikan kepada 3 – hormon estrogen sahaja untuk wanita yang tidak mempunyai rahim, kombinasi hormon estrogen-progesteron bagi mereka yang ada rahim dan krim estrogen setempat jikalau gangguan terhad kepada kemaluan, faraj atau pundi kencing.
Risiko penggunaan MHT ialah kejadian saperti kanser payudara dan kejadian tromboembolik (TE) saperti angina ahmar, ketulan darah dan embolasi paru-paru. Tidak dinafikan yang MHT meningkatkan risiko mengalami kanser payudara, tetapi jumlah kejadian ini kecil dan risiko tersebut hilang selepas rawatan diberhentikan. Lagipun, risiko berlakunya kanser payudara hanya meningkat jika digunakan terapi kombinasi estrogen-progesteron dan bukan estrogen bersendirian. Kejadian TE lebih berkemungkinan berlaku dengan kesemua jenis rawatan oral tetapi jarang dialami sebelum umur 59 tahun.
Dengan ini, MHT didapati sesuai untuk rawatan simptom-simptom awal menopause sahaja tetapi perlu digunakan dalam dos yang paling rendah dan dalam jangkamasa yang paling pendek. Pengawasan untuk gejala kanser payudara dan kejadian TE mesti berterusan.


1. Risks and Benefits of Estrogen Plus Progestin in Healthy Postmenopausal Women. Principal Results From the Women's Health Initiative Randomized Controlled Trial. JAMA 2002;288(3):321-333.
2. Stuenkel CA, Gass MLS, Manson J et al. A Decade After the Women’s Health    Initiative – The Experts Do Agree. Menopause 2012;19(8):846-847.

Sunday, August 5, 2012

Increased Risk of Type 2 Diabetes With Polycystic Ovary Syndrome


Peningkatan risiko mengidap penyakit kencing manis untuk wanita PCOS

It has been known for some time that a woman with PCOS has an increased risk of getting Diabetes mellitus (DM) has been known for some time. Adding to this knowledge is a new study from Cardiff that examined a very large number of patients (more than 20000) to confirm this point. The data taken from the UK's General Practice Research Database showed a 2-3-fold increase of DM among PCOS women when compared with controls.

Telah lama diketahui bahawa seseorang wanita yang mengalami PCOS berisiko lebih tinggi mengidap penyakit kencing manis (DM). Kini, kenyataan ini menjadi lebih kukuh berdasarkan satu kajian dari Cardiff, United Kingdom yang melibatkan lebih dari 20 000 orang wanita. Maklumat daripada kajian ini mendapati wanita PCOS berkemungkinan mengidapi DM 2-3 kali ganda lebih berbanding dengan wanita tanpa PCOS.

Christopher L. Morgan, Sara Jenkins-Jones, Craig J. Currie, and D. Aled Rees. Evaluation of Adverse Outcome in Young Women with Polycystic Ovary Syndrome Versus Matched, Reference Controls: A Retrospective, Observational Study. JCEM jc.2012-1690; doi:10.1210/jc.2012-1690

Monday, July 23, 2012

Upside Down Baby

This baby at around 25 weeks gestational age was captured on a 4D scan in a na upside down position because of its transverse lie in the uterus. A fatal lie like this may be considered normal at this gestational age, and most babies stabilise into a normal lie between 28-32 weeks gestation. this baby's hand can also be viewed in the gallery.


Bayi Tertungging
Gambaran 4D seorang bayi (perempuan) dengan kepala tertungging didapati apabila bayi beruisa   kandungan lingkugan 25 minggu berkedudukan melintang dalam rahim. Kedudukan saperti ini adalah biasa dalam usia ini dan kebanyakan bayi akan membetulkan diri selepas 28-32 minggu usia kandungan. Tangan kanan bayi ini boleh juga dilihat dalam galeri.

Saturday, July 7, 2012

JULY CASE


This 37 year old lady with 3 children was diagnosed with a missed abortion. She was planned for Dilatation and Curettage (D&C) but also expressed the desire for tubal ligation (TL) as permanent contraception. Over the years she had developed mild period pain but was otherwise well. Under general anaesthesia, D&C was carried out followed by laparoscopy for the TL. Incidental endometriosis was then discovered on inspection of the pelvis. This picture shows some classical lesions. Firstly, the uterus was mildly enlarged but this could have been due to the pregnancy. There was a left ovarian cyst and the enlarged ovary was stuck to the back of the uterus. At the point of adhesion, a flame shaped endometriotic lesion was observed. This case demonstrates again the discrepancy between symptoms and the extent of the disease in endometriosise, as despite having severe endometriosis, she was relatively well apart from mild dysmenorrhoea.
Wanita berumur 37 tahun dan beranak 3 mengalami keguguran dan bersedia melalui prosedur cuci (D&C). Sambil itu, memandangkan usia meningkat serta ketidakrelaan mengandung lagi, dia juga ingin melalui prosedur ikat tiub (TL) sekali harung. Selain dari mengalami perasaan sakit senggugut sedikit, beliau sihat walafiat. Selepas dibius penuh, kandungan yang gugur telah dicuci dan laparoskop di masukkan melalui pusatnya untuk prosedur TL. Selepas diteliti, pesakit ini didapati mengalami penyakit endometriosis yang agak teruk dengan serba jenis lesi. Rahimnya bengkak sedikit tetapi ini mungkin disebabkan mengandung. Ovari kiri bengkak juga kerana kehadiran sista, dan ovari ini terlekat pula ke bahagian belakang rahim. Ditempat lekatan ini berlaku, terdapat satu lesi "flame". Kes ini memberi pengajaran lagi yang simptom atau tanda penyakit endometriosis tidak semestinya secocok dengan keterukan penyakit itu.