Blog ini mempamerkan maklumat kesihatan berkenaan rawatan terkini masalah-masalah sakitpuan, ketidaksuburan, endometriosis, PCOS dan lain-lain. Ia khas buat wanita yang mengalami gangguan kesihatan ataupun yang inginkan penerangan lanjut berkenaan penyakit wanita.

4D Scan

Pada amnya, imbasan ultrasound (ultrasound scanning) dilakukan dengan menggunakan imbasan 2 dimensi, atau 2D. Kini, imbasan dapat dilakukan dengan 3D atau 4D. Imbasan 3D adalah gambaran bayi anda menerusi 3 dimensi tapi ia terhad kepada gambar statik, manakala imbasan 4D pula menunjukkan pergerakan bayi semasa. 
Dengan imbasan saperti ini, anda dapat melihat kulit bayi, rupa sebenar dan pergerakan-pergerakan saperti menguap atau menghisap jari, saperti gambaran di bawah. 
Mungkin juga anda dapat memastikan ciri muka bayi anda lebih menyerupai suami anda!
Dari segi perubatan, imbasan 4D tidak begitu berkesan untuk memperolehi maklumat berkenaan kesihatan bayi di mana imbasan 2D lebih jitu. Walaupun demikian, ada kala beberapa sifat dan kecacatan bayi mungkin lebih jelas menerusi imbasan 4D. 
Masa terbaik untuk melakukan imbasan 4D adalah antara 22 hingga 26 minggu kandungan. Sebelum dan selepas masa ini, beberapa faktor saperti saiz bayi, kedudukannya, jumlah air ketumban dan saiz ibu menghadkan kekesanannya. Kesilapan yang biasa berlaku ialah bila seseorang ibu menunggu terlalu lama untuk melakukan imbasan dengan kepercayaan ia lebih jelas pada waktu itu.













No comments:

Post a Comment