Definasi. Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Ia terdiri dari tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan nipis yang dinamakan serosa, manakala lapisan ynag paling dalam digelar endometrium. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketumbuhan fibroid boleh berlaku pada lapisan otot ini, dan mungkin berlaku persendirian atau dalam bilangan yang banyak (digelar fibromatosis). Kebanyakkan fibroid tidak merbahaya.
Gejala dan Kesan-kesan fibroid
Banyak fibroid tumbuh secara senyap dan tidak menimbulkan sebarang masalah, gejala atau tanda. Tambahan pula, hampir semua fibroid akan kecut apabila seseorang wanita mencapai menopaus. Walaupun demikian, dalam keadaan tertentu, fibroid mungkin mengakibatkan masalah saperti kemandulan, kehamilan dan kelahiran susah, gangguan haid dan kesan tekanan pada organ keliling. Risiko utama fibroid adalah penukaran menjadi kanser (sarcoma), tetapi ini jarang berlaku.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan. Wanita yang lambat berkahwin ataupun tidak mengandung setelah beberapa tahun berkahwin perlu melalui pemeriksaan doktor pakar untuk mengesan sama ada mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Fibroid mungkin menjadi punca masalah ini, lebih-lebih lagi jika terdapat dalam bilangan yang banyak.
Masalah-masalah mengandung dan kelahiran
- Boleh menyebabkan keguguran
- Kelahiran tidak cukup bulan
- Kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang dan melintang
- Menyekat kelahiran bayi
- Perasaan sakit bila fibroid menjadi “busuk”(degenerasi)
Simptom/ gangguan haid
o Haid banyak serta berpanjangan
o Senggugut ketika turun haid
o Pendarahan sedikit te tapi berpanjangan
o Turun darah selepas melakukan persetubuhan
Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Pundi in boleh mengalami tekanan jika terdapat sesebuah fibroid yang bersebelahan dengannya. Keadaan ini akan dinampakkan dengan masalah perasaan kerap kencing, pembuangan air kencing tidak memuaskan, tidak boleh menahan kencing dan terkeluar kencing apabila batuk atau bersin.
Diagnosa Fibroid
Kehadiran fibroid dapat dipastikan melalui sejarah penyakit, pemeriksaan perut (abdomen), pemeriksaan ultrasound atau MRI. Kebarangkalian fibroid adalah tinggi jika hadir tanda saperti pendarahan haid tetap tapi berpanjangan, ketulan di perut dan perasaan sakit perut. Semasa pemeriksaan, terdapat benjolan yang timbul dari bahagian bawah perut. Pemeriksaan yang paling peka ialah pemeriksaan ultrasound kerana ia dapat mengesan fibroid yang kecil.
Pemeriksaan ultrasound adalah pemeriksaan yang senang, cepat serta murah dan dapat dilakukan di klinik. Melalui ultrasound, kedudukan, jumlah, saiz dan rupa fibroid dapat ditetapkan. Jika gambaran kurang jelas, maka pemeriksaan ultrasound melalui faraj (TVS) sungguh peka mengesannya. TVS tidak sakit dan memberi kepastian yang tinggi.
Fibroid perlu dirawat jika berlaku:
Ø Gangguan haid yang teruk
Ø Kekurangan darah (anemia)
Ø Ketidaksuburan
Ø Gejala seperti gangguan kencing atau
pun menyebabkan rahim jatuh (prolapse)
Ø Kesakitan yang berpanjangan
Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum rawatan dimulakan ialah menetapkan jika pesakit ingin mengandung lagi atau tidak. Pemilihan dilakukan antara pembedahan membuang fibroid (myomektomi) atau pembedahan membuang rahim terus (histerektomi).
Pembedahan Membuang fibroid (Myomektomi)
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan. Akhirnya, pesakit mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
Pembedahan Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi. Pembedahan jenis ini disyorkan jika bilangan anak telah mencukupi ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun.
Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Uterine fibroids are the most common benign tumours of the female reproductive tract and may be diagnosed in up to 25% of women. Fibroids may be solitary or multiple. Depending on their location, fibroids can grow towards the endometrial cavity (submucous) or the abdominal cavity (subserous), or they may be largely confined to the uterine wall (intramural). Most fibroids are benign, so removing them because of concerns about malignancy is not indicated. Depending on their size and location, however, fibroids can produce a variety of symptoms. Submucous and intramural fibroids often lead to menstrual irregularities and heavy menstrual periods (menorrhagia). In extreme cases, however, severe anemia can develop. Larger tumours produce symptoms because of their size and can compress any of the surrounding organs, leading to urinary frequency, digestive problems, or discomfort during sexual intercourse.
Fibroids negatively affect fertility, especially when large tumors are present or when the cavity of the uterus is distorted.[1] If needed, several treatment methods are available. Definitive therapy is hysterectomy. All other methods provide temporary relief for variable duration, and repeat treatments might be necessary in case of recurrence. Conservative surgery can be offered as well as medical therapy or various novel radiologic interventions.[2-6]
Fibroids tend to grow in an estrogenic environment. When estrogen levels are low, either because of ovarian failure such as during menopause, or a medically induced hypoestrogenic state, fibroid size is reduced and symptoms improve.
References
1. Olive DL, Pritts EA. Fibroids and reproduction. Semin Reprod Med. 2010;28:218-227.
2. Ferrero S, Venturini PL, Remorgida V. Letrozole monotherapy in the treatment of uterine myomas. Fertil Steril. 2010;93:e31-e32.
3. Al Hilli MM, Stewart EA. Magnetic resonance-guided focused ultrasound surgery. Semin Reprod Med. 2010;28:242-249.
4. Freed MM, Spies JB. Uterine artery embolization for fibroids: a review of current outcomes. Semin Reprod Med. 2010;28:235-241.
5. Meng X, He G, Zhang J, et al. A comparative study of fibroid ablation rates using radio frequency or high-intensity focused ultrasound. Cardiovasc Intervent Radiol. 2010;33:794-799.
6. Shen SH, Fennessy F, McDannold N, Jolesz F, Tempany C. Image-guided thermal therapy of uterine fibroids. Semin Ultrasound CT MR. 2009;30:91-104.