Puan S, seorang ibu berusia 46 tahun dan beranak 3 telah mengadu pendarahan haid yang lebat sejak 3 tahun yang lepas. Walaupun pendarahan haidnya lebat, tetapi kitarannya tetap sama saperti masa-masa dahulu. Yang menyebabkan Puan S mencari rawatan selepas kian lama mengalami pendarahan ini ialah penimbulan simptom baru, iaitu, perasaan sakit senggugut.
Selepas diteliti, didapati Puan S adalah seorang wanita yang obes dan bertekanan darah tinggi serta pucat akibat kekurangan darah. Dibahagian bawah perutnya terasa satu ketulan keras sebesar kandungan 4-5 bulan.
Ultrasound scan telah menampakkan sekurang-kurangnya 3 fibroid dalam rahim, yang paling besar berukuran 9 cm.
Beliau telah menjalani pembedahan laparoskopi dan pembuangan rahim (kedua-dua ovarinya dipelihara kerana masih menghasilkan hormon estrogen). Pembedahan yang agak rumit ini mengambil masa 3 jam dan memerlukan pemotongan fibroid dari rahim untuk menyenangkan pembedahan.
Puan S telah bergerak dan makan saperti biasa pada keesokan hari dan balik rumah dengan hanya mengadu perasaan sakit sedikit saja.
Gambaran ini mempernampakkan rahim yang besar hasil dari fibroid dikelilingi usus sebelum pemotongan dimulakan. Ovari kanan kelihatan di celah tiub kanan dan berwarna putih.
No comments:
Post a Comment