Blog ini mempamerkan maklumat kesihatan berkenaan rawatan terkini masalah-masalah sakitpuan, ketidaksuburan, endometriosis, PCOS dan lain-lain. Ia khas buat wanita yang mengalami gangguan kesihatan ataupun yang inginkan penerangan lanjut berkenaan penyakit wanita.

Wednesday, September 5, 2012

August Case - Twin Fibroids

Sorry, I have been meaning to write but have been swamped with other things. This was a 51 year old lady who had never conceived in 30 years and presented with abnormal and heavy menstrual bleeding. There was a mass felt in the abdomen, about 6 months pregnancy size. Ultrasound scan showed multiple uterine masses suggestive of fibroids. This was the view on laparoscopy - twin, large fibroids. I had counselled hysterectomy, but it was difficult due to the restricted view. I had to remove the fibroids from the uterus first (myomectomy) before proceeding to hysterectomy. As usual, everything was done laparoscopically. 
Fibroid Kembar
Maaf atas kelewatan menulis. Kes ini adalah seorang wanita berumur 51 tahun yang tidak pernah mengandung walaupun kahwin selama 30 tahun. Beliau mengalami pendarahan haid yang berpanjangan dan lebat, dan setelah diperiksa, didapati mempunyai ketulan di perut sebesar kandungan berusia 6 bulan. Imbasan ultrasound telah menampakkan banyak ketumbuhan di rahim yang berciri fibroid. Gambaran ini dilihat melalui laparoskop - fibroid-fibroid besar dan berkembar. Pembuangan rahim menjadi rumit apabila penglihatan terhad kerana ketumbuhan-ketumbuhan tersebut. Akhirnya, fibroid-fibroid ini dipisahkan dahulu dari rahim sebelum histerektomi dilaksanakan. Saperti biasa, semua prosedur dilakukan dengan melalui pembedahan laparoskopi.

No comments:

Post a Comment