Blog ini mempamerkan maklumat kesihatan berkenaan rawatan terkini masalah-masalah sakitpuan, ketidaksuburan, endometriosis, PCOS dan lain-lain. Ia khas buat wanita yang mengalami gangguan kesihatan ataupun yang inginkan penerangan lanjut berkenaan penyakit wanita.

Wednesday, September 19, 2012

Funny Places for Endometriosis

The July edition of The Journal of Minimally Invasive Gynaecology (JMIG) presents 2 case reports of endometriosis occurring in abnormal places. In the first case, the patient had nose bleed and pain and was found to have growths there. The second case presented with gastric-like abdominal pain and was found to have a growth in the pancreas on scanning. Both cases were confirmed as endometriosis after surgical removal. Of note was that these patients had positive correlation with cyclical symptoms as well as previous suggestion of endometriosis. So, endometriosis in the nose and in the pancreas. Who would have thought it?
Tapak Aneh Penyakit Endometriosis 
Dalam isu bulan Julai The Journal of Minimally Invasive Gynaecology (JMIG), terpapar 2 kes penyakit endometriosis yang ditemui di kedudukan yang aneh. Pesakit kes pertama melapor pendarahan dan perasaan sakit di hidungnya serta ternampak ketumbuhan. Pesakit kes kedua pula mempunyai perasaan sakit ala gastrik dan ternampak ketumbuhan di kelenjar pankreasnya melalui imbasan. Kedua-dua kes ini dipastikan mengidap penaykit endometriosis selepas pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan-ketumbuhan tersebut. Yang penting dalam kes-kes ini ialah sejarah perubatan yang mengaitkan penimbulan simptom-simptom tersebut dengan kitaran haid serta sejarah lama penyakit endometriosis. Jadi, endometriosis di hidung dan pankreas, sungguh aneh!

2 comments:

  1. Assalamualaikum Doc.
    Saya penah menjalani laparoskopi membuang pundi hempedu kerana masalah batu karang.
    Saya juga penah menjalani laparoskopi buang cyst dan ade masalah endometriosis.
    Baru2 ini saya selalu rase seperti ade benda yang mengeras pada bahagian pundi hempedu yg dibuang. Rase seperti ade ketulan.
    Adakah kemungkinan cyst tumbuh pada bahagian berkenaan?
    Bagaimana caranya saya nak pastikan tentang perkara ini?
    Saya tak tahu bagaimana nak bagitahu dgn doc. berkenaan perkara ini menyebabkan saya hanya berdiam diri tanpa sebarang rawatan.

    ReplyDelete
  2. Anda pesakit endometriosis ? mari sertai kami di group Endometriosis Malaysia
    https://www.facebook.com/groups/endomalaysia/

    ReplyDelete